KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong MAHA dan menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.
Ismail Sabri turut berkongsi mengenai lawatan beliau buat kali kedua ke MAHA 2022 bagi mengunjungi pavilion semua negeri untuk melihat produk-produk keluaran, makanan serta kebudayaan setiap negeri.
"Gembira dapat melihat begitu ramai hadir bersama keluarga dengan semangat Keluarga Malaysia...Seronok dapat bertegur sapa dengan mereka termasuk terserempak dengan Haziq 'ulaq besar'.
"Hampir tiga jam saya di MAHA namun banyak lagi tempat yang belum sempat dilawati," tambah perdana menteri.
ISMAIL SABRI-MAHA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerusi Facebook beliau berkata jumlah pengunjung secara fizikal MAHA 2022 telah melebihi satu juta pengunjung.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Fatin Nur Aqilah kerana berjaya menjadi pengunjung secara fizikal MAHA 2022 yang ke 1,000,000 dan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM1,000.
"Hadiah lagi istimewa menanti pengunjung secara fizikal ke-1,100,001. Terima kasih #KeluargaMalaysia atas sokongan hadir ke MAHA 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat dari dekat proses pembuatan fabrik ketika mengunjungi pavilion setiap negeri sempena MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. - Foto BERNAMA
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.
MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.
MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.
MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.
MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1
KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.
Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.
Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.